Skip to main content
Berita TempatanSabah

Babu Pasang Bendera Demi Anak Cucu

By 15 September 2016September 19th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohammad Abd Rahman (Sabah)

PAPAR, 15 Sept (Malaysiaktif) – Sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh seorang warga emas di Kampung Lanas yang terletak 17 kilometer dari pekan Papar hanya kerana ingin mengajar anak cucunya betapa penting untuk menghayati Kemerdekaan Negara.

Fatimah Untoi, 72, berkata setiap tahun ‘Babu’ (Mak Cik) buat gerbang, pasang bendera demi nak beri anak cucu nampak macam mana kita dulu sambut merdeka.

Dekorasi menarik sempena Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan

Dekorasi menarik sempena Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan

“Ini bukan kali pertama Babu buat begini, saban tahun bila masuk bulan merdeka, walaupun sedikit bendera, tetap juga dikibarkan dan buat gerbang di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Selasa.

Fatimah yang terpilih untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan bagi kategori individu, berasa puas, meskipun tidak memenangi kategori berkenaan setelah dinilai di peringkat negeri pada Jumaat lepas.

“Babu ni, menang atau kalah tidak kisah sangat, apa yang Babu inginkan ialah memperlihatkan kepada anak cucu kampung di sini untuk hargai kemerdekaan, sebab dahulu tak payah ada penganjuran macam ini, semua orang sangat gembira menaikkan bendera Sabah dan Malaysia di rumah masing-masing apabila tiba 31 Ogos”, katanya lagi.

“Masa itu kampung belum ramai orang, jalan raya, elektrik dan air belum ada, masa tu semua pakai air perigi dan mandi di air sungai.

“Alhamdulilah, sekarang semuanya ada, berkat usaha pemimpin kita, sekarang apa-apa berita boleh tahu di telefon atau komputer saja”, ujarnya lagi dengan rasa bangga.

Selain Babu Fatimah, tiga peserta lain yang turut terpilih mewakili Bahagian Pedalaman Bawah ialah Razali Damin, 35, dari Kg Lanas kategori Individu, Rukun Tetangga Kg Sinar Baru, (Pintu Gerbang) dan Kg. Kalamauh, Sipitang bagi kategori kampung.

image

Sementara itu, menurut Pegawai Penerangan, Bahagian Pedalaman Bawah, Tailin Mainan meluahkan rasa gembira dengan keputusan itu atas kejayaan dua peserta dari bahagian tersebut berjaya mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan iaitu Komuniti 1Malaysia Kg Pimping, Membakut kategori Anjung Komuniti 1Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Tempurong, Kuala Penyu, kategori sekolah (rendah atau menengah).

Penilaian peringkat Kebangsaan akan dilakukan pada 14 hingga 17 September nanti.

SF

Tinggalkan komen anda