Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Musim Panas Beri Kelebihan kepada Peminat Wau

By 30 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penggiat dan Pemain Wau Kuala Nerus teruja setiap kali mengadakan pertandingan wau dan mendapat mengalakkan.

KUALA NERUS, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Cuaca panas dan berangin ketika ini memberi kelebihan kepada peminat wau untuk menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan dalam usaha mengekalkan minat masyarakat terhadap permainan tradisional itu.

Pengerusi Persatuan Penggiat dan Pemain Wau Kuala Nerus Muhammad Khairuddin Saleh, 43, berkata musim panas dan kering memberi kelebihan kepada peminat-peminat wau  khususnya di pantai timur untuk menganjurkan seberapa banyak pertandingan wau di lapangan komuniti masing-masing.

“Musim panas disertai tiupan angin kencang adalah waktu paling sesuai untuk menerbangkan wau dan pelbagai kategori dapat dipertanding.

“Penduduk setempat amat meminati permainan ini dari generasi ke generasi dan pihak kami menerima hampir 300 penyertaan bagi Pertandingan Wau Tegak yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI Banggol Tuan Muda di sini,” katanya selepas ditemu ramah di Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Banggol Tuan Muda, Buluh Gading, di sini kelmarin.

Menurut Muhammad Khairuddin, musim panas ketika ini tidak menghalang orang ramai untuk menyertai pertandingan wau berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Banggol Tuan Muda Hasem Wahib, 56, berkata walaupun cuaca panas dan terik ketika ini tidak menghalang peminat wau untuk menyertai pertandingan tersebut.

“Sebagai salah seorang penganjur saya juga mengambil inisiatif dan bersiap sedia menghadapi cuaca panas yang boleh menyebabkan strok haba.

“Pihak penganjur memilih mengadakan pertandingan di sebelah pagi dan petang untuk menaikkan wau kerana cuaca lebih redup,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda