Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Muszleem Malaysia Kongsi Rezeki Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik

By 30 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran/Shaik Mohamad Fikri (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 70 orang asnaf dan golongan berpendapatan rendah diraikan dalam satu program agihan bantuan makanan di Masjid Buloh Gading, Manir, di sini kelmarin.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem Malaysia) Cawangan Kuala Nerus dan Komuniti MADANI Kampung Tuan Mandak diadakan bertujuan untuk berkongsi rezeki dan membantu golongan yang kurang berkemampuan di daerah ini.

“Saya rasa bersyukur kerana berpeluang membantu golongan ini kerana saya yakin selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan.

“Bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, teh, gula dan lain-lain,” kata Penyelaras Muszleem Malaysia Cawangan Kuala Nerus Mohd Ridhuan Embong.

Salah seorang penerima sumbangan Fatimah Rayah Sulong, 75, menzahirkan rasa syukur dengan sumbangan tersebut.

“Makcik amat bersyukur kerana dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu makcik mengurangkan perbelanjaan barang dapur dan duit belanja dapur yang diberi oleh anak makcik setiap bulan dapat digunakan untuk keperluan lain,” luahnya ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Sementara itu, Mohd Suarifuddin Mohd Noor, 34, berkata sumbangan yang diterima dapat meringankan bebannya sementara peniagaannya kembali stabil setelah kembali beroperasi selepas cuti sambutan Aidilfitri dan berterima kasih atas keprihatinan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda