Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pusat Kitar Semula Tekstil Daerah Jempol Penting untuk Pemeliharan Alam Sekitar

By 30 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim (JEMPOL)

JEMPOL, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak dua tan pakaian terpakai telah dikumpul sempena pelancaran Pusat Kitar Semula Tekstil Daerah Jempol, di sini kelmarin.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nawal Mohd Amin bersempena Pelancaran Pusat Kitar Semula Tekstil di Daerah Jempol, mengajak masyarakat berfikir tentang kepentingan pemulihan tekstil dan kesannya terhadap alam sekitar.

“Kitar semula merupakan satu konsep penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Nicole ketika berucap.

“Memandangkan jumlah sampah harian manusia semakin bertambah tahun demi tahun selari dengan pertambahan populasi, maka amalan kitar semula dilihat satu alternatif yang bagus untuk melambatkan penggunaan sumber-sumber semulajadi yang terdapat di sekeliling kita,” katanya.

“Dalam perbincangan yang lebih luas berkaitan pengurusan sisa, ianya merupakan satu cabaran besar untuk kita bersama-sama menjayakannya.

“Dengan peningkatan yang cepat berkaitan fesyen dan konsumerisme, industri tekstil telah menjadi salah satu pencemar terbesar secara global. Dari pengambilan bahan mentah hingga proses pengeluaran dan pembuangan, setiap peringkat kitaran hidup tekstil menyumbang kepada degradasi alam sekitar,” katanya.

Nicole bergambar bersama tetamu yang hadir

Menurut pengunjung Razak Aias, 45, pusat kitar semula ini adalah salah satu insiatif yang baik daripada kerajaan kerana kebanyakkan masyarakat di kawasan Jempol khususnya tiada tempat untuk meletakkan pakaian yang terpakai.

“Kebanyakkan masyarakat mengambil jalan mudah dengan membuang pakaian yang elok di tong sampah sedangkan ia boleh dimanfaatkan oleh orang yang tidak berkemampuan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bahau Teo Kok Seong dan Ketua Pembangunan Perniagaan Life Line Clothing Malaysia Andrew Jackson.

-ZS-

Tinggalkan komen anda