Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

MOTAC Sedia Bantu Pertingkat Potensi Kraf Perlis

By 1 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) bersedia untuk membantu mempertingkatkan potensi hasil kraf di negeri Perlis.

Bidang kraftangan juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Menurut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk `Ainu Sham Haji Ramli lawatan dan perjumpaan Adiguru Kraf serta usahawan kraf di Pejabat  Kraftangan Negeri Perlis di sini hari ini bertujuan untuk menyantuni dan melihat produk kraf yang dihasilkan oleh usahawan kraf.

“Setakat ini terdapat seramai 77 orang usahawan kraf di negeri Perlis yang telah berdaftar di bawah Kraftangan Malaysia yang merangkumi lima bidang utama iaitu tekstil, hasil tanah, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf,” katanya.

Sesi dialog bersama usahawan kraft negeri Perlis.

“Pada masa yang sama, pihak Kraftangan Malaysia sedang berusaha untuk menambahkan lagi para pengusaha kraftangan di negeri Perlis supaya penduduk di negeri ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat,” ujarnya.

Pada sesi tersebut `Ainu Sham turut  mengadakan sesi perjumpaan dan sesi dialog bersama usahawan kraf di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis dan turut berkesempatan menyantuni Adiguru Kraf Wau Samat Man dan usahawan kraf kulit (capal) Che Saad Saep di Kampung Cemumar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda