Skip to main content
Home

Empat Kali DiBatalkan, Tapi Dapat 12 Ribu Likes Untuk Tempat Ke-2

By 9 Oktober 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Oleh Muhammad Rizal Redzuan

JELI, 9 Okt (Malaysiaaktif) –  Walaupun empat gambarnya yang telah mencecah tujuh ribu likes dibatalkan penganjur kerana tidak cukup syarat, suri rumah Rosnani Mohd Nawawi, 29 tidak berputus asa untuk menghantar gambar baharu sehingga berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan SelfieWefie #sehatisejiwa dengan 12,000 likes.

“Sepanjang pengalaman saya menyertai pertandingan dalam talian, inilah yang paling mencabar. Selain syarat yang banyak dan terlalu banyak saingan, saya turut kehilangan telefon bimbit yang menjadi satu-satunya alat untuk memburu likes.

“Dengan anak yang masih kecil, selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya sering tidak mempunyai masa untuk tidur walaupun selepas tengah malam, tetapi akhirnya segala pengorbanan ini berbaloi apabila berjaya mendapat tempat kedua kategori wefie,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah di Dataran Jeli semalam.

55c635be-447e-4f76-bf24-33dd72c28186

Pemenang kedua kategori Selfie, Norafifah Mohd Ramzan.

 

Sementara itu, pemenang kedua kategori Selfie, Norafifah Mohd Ramzan, 23, dari Pokok Sena, Kedah yang ditemui semasa penyampaian hadiah di Alor Setar pada Rabu lalu, apabila mendapat tahu tentang pertandingan yang bertujuan menggelorakan Bulan Kebangsaan ini, dia ingin mengambil kesempatan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri anaknya yang masih kecil.

“Masa di media sosial sangat terhad. Ini kerana saya memerlukan banyak rehat dan pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak dan keperluan suami yang menyebabkan saya hampir hilang fokus.

“Tujuh kali saya masukkan gambar.  Empat gambar wefie dan tiga gambar selfie, namun disabotaj oleh peserta lain. Link (Pautan) gambar-gambar saya diletakkan di page “auto-like” sehingga ketujuh-tujuh gambar tersebut dibatalkan penyertaan. Saya terpaksa mula balik mencari “likes” dengan gambar baharu dan akhirnya berjaya juga mengumpulkan sebanyak 5,100 “likes” sebelum 16 September,” ujarnya yang kini mengandung lapan bulan.

e0353f86-c76e-4af4-a2dd-5c0597ce3d92

Pemenang saguhati, Nur Anis Madhiha Zaidi.

 

Bagi pemenang saguhati, Nur Anis Madhiha Zaidi, 19, dari Jeli Kelantan, dia beberapa kali dimaki dan dicaci melalui “Facebook Messenger” selepas menyertai pertandingan ini.

“Ada peserta yang menghina gambar saya bersama anak dan menyuruh saya membuang gambar tersebut. Namun saya tetap seronok apabila melihat begitu ramai yang menghantar gambar yang cantik,” ujar Anis yang menerima 3,900 likes.

Johan kategori wefie, Fara Juliana Abdul Jalil, 31, dari Batu Pahat, Johor membawa pulang wang tunai RM1,000, manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing memenangi RM800 dan RM700.

eb5aef58-cddd-4148-aec9-cda4803b7a8d

 

Tempat kedua dimenangi oleh Rosnani Mohd Nawawi dari Jeli Kelantan, manakala tempat ketiga oleh Aida Umi Yati Tupani dari Pontian, Johor.

Bagi kategori Selfie, Johan dimenangi oleh Alya Aleesya Md. Sahrizal, 4, dari Pontian dengan 7,500 likes dan membawa pulang RM500. Tempat kedua dan ketiga dimenangi peserta dari Kedah, Norafifah Mohd Ramzan dan Nurul Iman Sofia Khairol Anuar. Mereka masing-masing menerima hadiah RM400 dan RM300.

084517b4-6050-473e-a7fa-6b26e1f6f74b

lya Aleesya Md. Sahrizal.

 

Pertandingan SelfieWefie #sehatisejiwa cetusan idea Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman ini julung kali diadakan oleh Kementerian Komunikasi dan Muktimedia (KKMM) dari 1 Ogos hingga 16 September 2016 lepas.

 

-MRR/AAS

 

Tinggalkan komen anda