Skip to main content
Home

Lebih 22,000 Warga Labuan Raikan Hari Sukan Negara

By 9 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Faizal Mansor / Mohammad Nazeeb Hj. Ali / Foto: Jeffrey Nian / Imar Injar

LABUAN, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 22,000 orang menyertai pelbagai program sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Ia melebihi sasaran asal 20 peratus, iaitu lebih kurang 18,000 orang.

Ini dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Labuan,  Datuk Rozman Haji Isli ketika merasmikan program yang berlangsung di Kompleks Sukan Labuan pada Sabtu.

efb424e9-b348-46d3-9cf7-f8decd7e7621

Pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta turut mengambil bahagian, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan yang menganjurkan pertandingan rugbi wanita. Pertandingan tersebut disertai 10 kumpulan melibatkan seramai 130 peserta, termasuk pelajar sekolah di Padang Ragbi Jalan Tanjung Purun.

Turut diadakan, acara Gegar Hari Sukan Negara Fun Run, berbasikal “Ride For Heart Health”, sukan rakyat, dan perlawanan futsal sebagai memenuhi tema ‘Negara Bersukan’.

71591840-bd88-4ca5-b7d0-17618e5d43cd

Seorang peserta, Betty Justin 45, berkata, “program seperti ini amat baik kerana ia dapat membantu kita meningkatkan kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan, selain mengeratkan silaturahim.”

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Labuan, Basran Yunus, pula berpendapat dalam edisi Hari Sukan Negara pada masa akan datang akan diperbanyakkan jenis dan kategori acara untuk disertai oleh masyarakat Labuan, khususnya golongan belia.

59a72638-1528-49a0-b633-5ba8c9cac116

Menurut seorang peserta berbasikal, Junaidah Haji Asim, 33, walaupun ini merupakan kali kedua acara tersebut dianjurkan, namun penyertaan daripada orang ramai sangat menggalakkan dan membuktikan bahawa warga Labuan juga adalah masyarakat yang cergas dan cintakan sukan.

Bagi pelajar SMK Mutiara, Nurul Huda Jamil, 14, program ini amat menerujakannya kerana ini kali pertama dia bermain ragbi.

HSN2016 ialah usaha kerajaan bagi menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup cergas memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif  bersukan masih rendah, iaitu sekitar 40 peratus, berbanding 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda