Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pelan Struktur Sabah 2033 Dilancar

By 28 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

  Oleh Asmidar Zainol & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 Okt (Malaysiaktif) – Rakyat negeri ini bakal menikmati kualiti hidup tinggi dan sejahtera, persekitaran terurus baik dengan sistem perhubungan, pengangkutan dan ekonomi mampan melalui Pelan Struktur Sabah 2033.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman, pelan berkenaan mampu menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai persekitaran bertaraf dunia yang merangkumi tempat tinggal, bekerja, belajar, melawat, lokasi pelaburan peniagaan yang kondusif seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.

_dsc6872

Musa ketika menyampaikan ucapan ketika Pelancaran Pelan Struktur Sabah 2033

“Persidangan bertema “Tadbir Urus ke Arah Bandar Raya Huni di Sabah” (Governance Towards Livable Cities In Sabah) bertepatan pada masanya, memandangkan kerajaan negeri dan  persekutuan telah memulakan langkah melaksanakan beberapa inisiatif ke arah meningkatkan keupayaan sistem urus di pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan.

“Antara inisiatif tersebut ialah melalui program Transformasi Kerajaan (GTP) yang memberi penekanan terhadap peningkatan kualiti penyampaian kerajaan.

Musa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016 di sini pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, pihaknya memberi penekanan betapa pentingnya untuk mentransformasikan penempatan dan bandar-bandar di Sabah sebagai sebuah BandaR Raya Berdaya Huni.

_dsc6920

Antara peserta Persidangan Perancangan Bandar Sedunia 2016.

Katanya lagi, untuk mencapai tahap tersebut, pihak kerajaan negeri perlu memberi penekanan kepada Sistem Tadbir Urus yang baik dan berkesan selain mempunyai infrastruktur asas yang kukuh, kemudahan sosial yang efisien dan pengangkutan awam yang berkesan.

Bagi Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, Haji Mursidi  Sapie, beliau berharap perancangan pelan tersebut dapat memberi panduan kepada semua pihak terbabit dalam merancang pembangunan di kawasan masing-masing.

“Pelan tersebut akan dinilai semula pada setiap lima tahun dan setiap pelaksanaan pelan, bergantung pada keadaan semasa dan bajet yang disediakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” ujarnya lagi

-SF

Tinggalkan komen anda