Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Thai Malay Expo 2016 Pertama Di Melaka

By 28 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang turun di bumi Melaka pada hari pertama Thai Malay Expo 2016 ini tidak menghalang peminat makanan Thailand untuk mengunjungi dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam.

Seorang pengunjung yang ditemui, Noor Atikah Yazid, 24, dari Klebang berkata, sudah dua minggu dia menantikan festival tersebut yang bermula semalam dan berakhir pada 2 November ini kerana ingin merasai sendiri makanan Thailand.

“Perkara pertama yang saya ingin cuba ialah masakan tomyam mereka dan ternyata tidak menghampakan dengan rasa yang asli dari Thailand dan harga yang berbaloi,” ujarnya.

noor-atikah-yazid

Noor Atikah Yazid, puas hati dapat merasai masakan tomyam asli dari Thailand.

 

Kata Atiqah lagi, dengan penganjuran festival sebegini, peminat makanan Thailand tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli tiket kapal terbang selain boleh dibungkus untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Manakala bagi pelajar-pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) yang diwakili oleh Norsharifah Romainor, 25, mereka mengetahui mengenai festival tersebut melalui laman sosial Facebook dan merancang untuk tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.

4

7

“Kami memang sukakan makanan, dan bila dapat tahu tentang festival ini kami sangat seronok kerana dapat merasai kelainan makanan negara jiran yang asli hasil air tangan daripada warga Thailand sendiri,” jelasnya.

Tambah pelajar jurusan Kursus Kejuruteraan Elektrik itu, harga makanan yang ditawarkan tidak membebankan mereka apatah lagi saiz makanan yang diberi adalah besar, sesuai dengan nilainya.

norsharifah-dua-dari-kiri-bersama-rakan2

Norsharifah (dua dari kiri) bersama rakan-rakan Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM).

 

Sementara itu, wakil penganjur, Amira Zaikasya Azizan berkata ini merupakan tahun ke-10 penganjuran Thai Malay Expo dan yang pertama seumpamanya di Melaka.

“Kami memilih Melaka untuk penganjuran ke-10 tahun ini kerana maklum balas yang diterima dari orang-orang di sini yang meminta kami membawa makanan Thailand ke tempat mereka,” katanya.

8

2

Menurutnya, sebanyak 87 gerai disediakan spanjang seminggu festival tersebut diadakan dengan 43 daripadanya menawarkan pelbagai jenis makanan Thailand dan selebihnya menjual pakaian serta perkhidmatan urut tradisional.

“Seramai 63 orang peniaga warga Thailand dibawa khas untuk menyediakan makanan asli mereka. Pihak penganjur menyediakan bas dan juga lori untuk membawa rombongan ini beserta bahan mentah untuk ke festival ini,” jelas Amira.

kiri-amira-bersama-wakil-penganjur-yang-lain

Amira (kiri) bersana wakil penganjur yang lain.

 

Kebiasaannya, setiap program mereka akan turut diadakan pelbagai persembahan seperti Muay Thai, Teh Tarik Api dan Tarian Api namun terpaksa dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis lepas.

“Besar harapan kami agar masyarakat tempatan dapat menerima makanan Thailand kerana selain dapat meningkatkan industri pelancongan negara, festival ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara melalui makanan,” katanya.

3

 

-DZ

Tinggalkan komen anda