Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Sinar Ceria Buat Pesakit Hospital Gerik

By 1 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh Fasharina Kholil

GERIK, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Program Khidmat Komuniti anjuran Majlis Permuafakatan Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Hulu Perak mengadakan satu Lawatan Amal ke Hospital Gerik pada Selasa.

Menurut ketua jururawat, Roslina Zainal Abidin berkata lawatan yang dibuat sangat baik dan bertepatan dengan slogan mendahulukan rakyat.

6

“Di samping menziarah ia juga dpt memberi keceriaan kepada pesakit serta mewujudkan hubungan yang baik antara anggota hospital, NGO dan jabatan kerajaan,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

Lawatan melibatkan enam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Jabatan Penerangan ini bertujuan mewujudkan masyarakat penyayang dan mengambil berat dalam masyarakat serta menghidupkan kembali amalan ziarah-menziarahi terutamanya orang sakit.

5

Antara NGO yang terlibat ialah Komuniti 1Malaysia (K1M) Mukim Grik, K1M Kg Padang Stang, K1M Kg Lawin, K1M RPS Kemar, K1M RPS Air Banun serta K1M Kg Baru Ayer Kala.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Daerah Gerik, Asyril Syazwan Itamta, program sebegini mampu memantapkan perpaduan di negara Malaysia yang berbilang kaum di samping dapat melahirkan masyarakat penyayang tanpa mengira latar kaum mahupun agama.

7

“Program ini juga merupakan wadah pertemuan yang unik di antara pemimpin dengan rakyat kerana secara tidak langsung ia dapat mengubat jiwa rakyat yang memerlukan perhatian dari segi rohani,” katanya lagi.

Lawatan amal ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Grik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Salbiah Mohamed.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda