Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeLabuanViral

[VIDEO] ‘Agroprenuer’ Tuna Sirip Kuning Labuan Diperkasakan

By 26 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/ foto /video oleh Muhammad Rizal Redzuan

LABUAN, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Kira-kira empat tan ikan tuna sirip kuning bersaiz antara 90 hingga 120 kilogram dipancing setiap hari di perairan Labuan dari September hingga Mac setiap tahun.

Ini dimaklumkan Pengarah Jabatan Perikanan Labuan (JPL), Anuar Salam semasa meninjau kemajuan peserta program Agropreneur Muda Labuan minggu lepas.

Menurut beliau, terdapat sejumlah 60 orang nelayan menangkap tuna sirip kuning menggunakan pancing di perairan pulau terebut. Spesis yang dikatakan hanya terdapat di perairan Labuan itu dijual dengan harga cuma RM5 sekilo dan sangat diminati di pasaran antarabangsa.

Sehubungan itu, Anuar berkata dalam usaha membantu nelayan menstabilkan harga ikan tuna, Jabatan Perikanan telah mengambil inisiatif mempelbagaikan produk tuna bagi meningkatkan hasil melalui peruntukan sejumlah RM10 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Menurut Anuar lagi, usaha melatih tiga orang usahawan muda (agropreneur) selama enam bulan secara bergilir-gilir setakat ini berjaya melahirkan usahawan muda pertama di Labuan yang menumpukan kepada perusahaan sate tuna. Usahawan kedua sedang mengikuti kursus pengeluaran serunding tuna di Manjung, Perak.

Seorang peserta program Agropreneur Muda Labuan, Suzanna Ahmad, 31, berkata beliau didaftarkan sebagai Agropreneur Muda Labuan pada Ogos 2016 setelah tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh kawan-kawannya.

Kursus yang diikuti serta khidmat nasihat daripada pihak JPL telah membentuk dirinya menjadi pengusaha Sate Tuna Sirip Kuning melalui syarikat miliknya, Master Moon Tuna yang ditubuhkan dengan modal awal sebanyak RM30,000.

e7bf93b7-88cd-4a7e-963d-068da80d0bb2

Suzanna Ahmad memulakan perusahaan Sate Tuna dengan modal RM30,000.

 

Menurut Suzanna, bantuan yang diberikan oleh JPL termasuk kemudahan makmal dan promosi, selain memperkenalkan prosuknya di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 pada Disember ini.

Melalui bantuan JPL, beliau berkata produk Sate Tuna Sirip Kuning keluaran syarikatnya akan menembusi pasaran di seluruh negara dan Brunei. Selain sate, Suzanna juga sedang mengusahakan produk burger tuna, popiah tuna, bebola tuna, dan kek ikan tuna.

Program Agropreneur Muda bertujuan melahirkan usahawan maju, berdaya saing, kreatif inovatif serta berpendapatan tinggi di dalam sektor pertanian, dan sekaligus membantu melonjakkan pasaran produk tuna.

Sementara itu,  Ketua Chef Hotel Labuan, Sany Kok berkata harga ikan tuna di pasaran antarabangsa ialah sekitar RM700 sekilogram. Tekstur isi tuna sirip kuning  halus, lembut dan elok dibuat sate, tetapi kuahnya tidak sama dengan sate ayam, kambing atau daging kerana lebih masam dan pedas.

Ketua Chef Hotel Dorsett Grand Labuan, Mohd Shamsul Azhar berkata selama ini hotel-hotel di Labuan tidak berpeluang mendapatkan ikan tuna sirip kuning kerana kebanyakan bekalan dieksport ke Jepun dan Eropah.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda