
Oleh Hamizan Hamzah, Anuar Che Amat
KANGAR,27 Oktober (Malaysiaktif) — Hampir 1,200 kilometer lagi diperlukan Duta Madu Kelulut Walk 2016, Sabri Ali, 54 atau lebih di kenali Pak Sabri bagi menyempurnakan misi berjalan kaki secaara solo merentasi 14 negeri dengan jarak 2,000 kilometer.
Beliau berkata, “Saya telah memulakan perjalanan dari Taman Botani Negara di Shah Alam pada 8 Oktober lalu, seterusnya ke Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan tiba di Sungai Petani pada Ahad lalu”.
“Penat saya terus hilang apabila saya mendapat sokongan orang ramai di setiap lokasi yang saya singgah. Saya akan berusaha untuk menamatkan misi berjalan kaki yang dijangka mengambil masa selama 54 hari ini di Pameran Antarabangsa,Hortikultur dan Agro Perlancongan Malaysia (MAHA) 2016 Serdang, Selangor November nanti,” jelas bapa kepada tujuh orang anak yang berasal dari Terengganu ini.
Pak Sabri ditemui sebelum memulakan perjalanan dari Perlis ke negeri ketujuh, iaitu Kedah, sejauh 42.3 kilometer .
Majlis pelepasan hari ini disempurnakan oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Tuan Ahmad Bakri Ali di Kangar Waterfront, di sini hari ini.
Menurut Tuan Ahmad Bakri, Kelulut Walk 2016 ini bertujuan memberikan kesedaran rakyat tentang khasiat madu kelulut untuk kesihatan.
“Saya bagi pihak Menteri Besar dan seluruh rakyat Negeri Perlis memberikan sokongan yang sepenuhya kepada Pak Sabri bagi menjayakan misi ini.Selepas tiba di Bandar Darul Aman nanti beliau akan menuju ke negeri di Pantai Timur pula keesokan harinya,” katanya lagi.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian bendera Kelulut Walk 2016, bendera Negeri Perlis serta bendera Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Jabatan Agensi Kerajaan di Negeri Perlis.