Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sindiket Dadah Terbesar Tumpas, Syabu RM156 Ribu Dirampas

By 20 November 2016November 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Ahmad Marif Ag. Damit (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Nov (Malaysiaktif) – Polis menumpaskan sindiket dadah terbesar di Kota Kinabalu selepas menahan tiga lelaki tempatan dan merampas 1,206.28 gram dadah jenis syabu bernilai RM156 ribu dan sitaan kenderaan berjumlah RM43 ribu di sekitar ibu negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP M Chandra, dua daripada tiga suspek  yang berumur antara 42 hingga 50 tahun itu, mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang lagi didapati positif syabu.

“Salah seorang suspek di Jesselton Point yang didapati membawa tujuh paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal putih dipercayai syabu seberat 351.4 gram dalam peti tambahan atau tempat menyimpan barang di belakang motosikalnya, pada Rabu.

Antara barangan lain yang dirampas

Antara kenderaan yang turut dirampas

 

“Berikutan penahanan tersebut, polis membuat serbuan di bilik sewa di kawasan Api-Api Center dan menemui 13 lagi paket lutsinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 660.71 gram bernilai RM43,000 disembunyikan dalam sebuah peti besi, selain menyita wang tunai RM43,000.

“Pada 5.30 pagi Khamis, berpandukan kepada risikan dan maklumat sepasukan Polis dari Narkotik IPK Sabah menahan dua rakan suspek di sebuah pusat refleksologi sekitar kawasan tersebut.

“Berdasarkan soal siasat, empat lagi paket lutsinar syabu dijumpai polis yang disembunyikan dalam sebuah kotak di atas siling ketika membuat serbuan di sebuah pejabat Kompleks Karamunsing seberat 194.10 gram, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan syabu yang dirampas ialah 1,206.28 gram dengan nilai pasaran mencecah RM156 ribu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah, pada Jumaat.

Turut dirampas, dua buah kenderaan sebuah basikal merlibatkan kereta jenis Toyota Vios, Velfire dan sebuah basikal dengan nilai keseluruhan RM214 ribu.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1972 dan Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya Pelucutan Harta 1988. Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mula bergiat dalam kegiatan mengedar dadah sejak pertengahan tahun ini dengan menyeludup masuk dadah dari Semenanjung melalui penerbangan untuk pasaran tempatan,” tambahnya.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda