Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

100 Ahli Persatuan Hang Tuah Dari Tiga Negara

By 17 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Prof. Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin berkata, setakat ini 100 ahli dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei menjadi anggota awal Persatuan Hang Tuah Antarabangsa.

“Kita menyasarkan beberapa keahlian lagi dari negara anggota Dunia Melayu Dunia Islam kerana semasa proses penubuhan persatuan itu sedang giat dijalankan, banyak sambutan positif diterima terutama daripada beberapa individu yang cenderung mengikuti perkembangan sejarah dan fakta berkaitan Hang Tuah,” ujarnya.

3

Persatuan Hang Tuah Antarabangsa memperkenalkan keahlian eksklusif yang bukan sahaja akan membantu ahli-ahli persatuan untuk mengkaji dan berkongsi minat serupa, tetapi juga menawarkan pelbagai keistimewaan dari sudut sejarah dan budaya.

“Kita tidak menyasarkan keahlian yang ramai, sebaliknya cukup sekadar dalam lingkungan 1,000 ahli sahaja demi menjaga nilai eksklusif persatuan ini, selain memudahkan kita menguruskan organisasinya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Pelancaran Persatuan Hang Tuah Antarabangsa sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam ke-17, di Muzium Rakyat semalam.

4

Sementara itu, Timbalan EXCO Pembangunan Belia dan Warisan, Datuk Norpipah Abdol berkata usaha penubuhan persatuan ini merupakan satu inisiatif baik kerana ia akan bertindak sebagai badan yang akan mempertahankan ikon pahlawan terbilang tersebut.

“Diharapkan juga pelbagai usaha dan kegiatan akan diadakan bagi memulihara, memperkenal dan mempromosikan warisan serta sejarah untuk meluaskan ilmu dan penghargaan sejagat, selain dapat mengubah persepsi masyarakat tentang kewujudan Hang Tuah,” katanya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda