Skip to main content
Berita TempatanSabah

2,454 Mangsa Banjir Bongawan Terima Bantuan

By 23 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

  Oleh Mohammad Abdul Rahman (Sabah)

BONGAWAN, 22 Nov (Malaysiaktif) –Seramai 2,454 isi rumah mangsa bencana banjir di Dun Bongawan pada Februari tahun lalu mendapat sumbangan bantuan kerajaan Negeri pada Sabtu.

Bencana tersebut dianggap yang paling teruk pernah berlaku di daerah tersebut.

Mangsa, Sarapuddin Husssin, 80, dari kampung Ulu Bongawan melahirkan rasa syukur atas bantuan tersebut, setidak-tidaknya dapat digunakan untuk membeli keperluan dapur.

Acara penyerahan wang ihsan

Acara penyerahan wang ihsan

“Bantuan ini pernah dijanjikan oleh kerajaan negeri tahun lalu untuk membantu mangsa dan hari ini alhamdulilah janji tersebut ditunaikan,” katanya semasa menerima sumbangan tersebut di Dewan Serbaguna Bongawan.

Sementara itu, warga emas, 69, yang tidak ingin dikenali dari Kg Nyaris-Nyaris sempat menceritakan saat getir tersebut. Rumah dua tingkat  miliknya dinaiki air sehingga paras kepala mengakibatkan harta bendanya musnah.

“Sehingga hari ini saya masih takut dan bimbang terutama apabila setiap kali hujan turut tidak henti-henti”, ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APAM Sabah selaku Seketariat Majlis Bencana Negeri, Muliadi Al-Hamidi Ladin berkata jawatankuasanya yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan bantuan mangsa banjir berkenaan.

“Bagi kawasan DUN Bongawan, jawatankuasa menerima 2,454 ketua isi rumah mangsa banjir didaftarkan oleh pihak urusetia bencana melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.2 juta.

Tambahnya keseluruhan pengagihan wang ihsan tersebut berjumlah RM 3.5 juta telah diluluskan untuk enam buah daerah iaitu Beaufort, Tenom, Kudat, Tawau, Membakut, Papar dan penyerahan akan dilaksanakan berperingkat daripada satu daerah ke daerah lain.

Sejumlah RM 500 sumbangan ihsan diberikan kepada semua mangsa banjir yang dilaksanakan selama dua hari bermula Sabtu pagi.

-SF

Tinggalkan komen anda