Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Kempen Pakai Topi Keledar di Awal Usia

By 23 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Noor Suzilawati Jamaludin / Jaitripta Kaur (Shah Alam)

KAJANG, 23 Nov (Malaysiaaktif) – “Sejumlah 6706 kematian direkodkan pada tahun 2015, daripada angka kematian ini sebanyak 62.6% melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.”

Tegas Pengarah eksekutif keselamatan kanak-kanak Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr. Kulanthayan KC Mani, ketika berucap pada program Inisiatif Penggunaan Topi Keledar Kanak-Kanak bagi mengurangkan bilangan kecederaan dan kematian di kalangan kanak-kanak sebagai pembonceng motosikal di SJK Tamil Kajang, malam tadi.

Pendidikan tentang keselamatan jalan raya harus didedah seawal usia.

Pendidikan tentang keselamatan jalan raya harus didedah seawal usia.

 

“Sebanyak 56.4% dari kematian pengguna motosikal adalah disebabkan kecederaan kepala sebagai penyumbang utama kematian. Ini diikuti dengan kecederaan pelbagai sebanyak 29.6%,” ujarnya.

Menurut beliau lagi “satu-satunya produk keselamatan yang efektif untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan dan kematian adalah dengan memakai topi keledar keselamatan. Ia mampu mengurangkan risiko dan tahap kecederaan sebanyak 72%.

Pihak UPM akan membekalkan topi keledar kanak-kanak (berlebel SIRIM) secara percuma melalui penajaan yang diterima dari Safe Worldwide USA dan Halliburton Charitable Foundation, USA bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sepatutnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Mohammad Fakhri Mansor menegaskan bahawa setiap peralatan dan kenderaan yang diguna, haruslah disenggara dengan betul bagi mengelakkan kecelakaan berlaku.

“Pengurusan topi keledar penting dan perlu dijaga dengan betul. Cara pemeriksaan motor juga penting. 6 perkara utama yang perlu dijaga ialah T-Tayar, C-Control, L-Light, O-Oil, C-Chain, K-Kick Stand,” katanya yang turut hadir memberi penerangan mengenai keselamatan pengunaan topi keledar kanak-kanak.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda