Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Anjung Ilmu Baharu untuk SK Sentosa

By 10 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

  Oleh Mohd Baharruddin Mohamad / Foto Wira Ismail

SIBU, 10 Nov (Malaysiaaktif) – “Sebelum ini anjung lama agak kecil dan tidak dapat menampung kanak-kanak yang ramai. Dengan adanya anjung ilmu baharu ini maka murid-murid dapat menggunakannya untuk membuat kerja rumah dan membaca sementara menunggu kedatangan ibu bapa.”

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Sentosa Admah Mohd Jamli, berkata demikian ketika Gotong-Royong berlangsung di sekolahnya sempena Program Gemilang Siswa Peringkat Negeri Sarawak 2016 petang Selasa.

Pondok lama yang dirobohkan

Pondok lama yang dirobohkan

Tambahnya, dahulu para guru juga susah untuk mengawal pelajar kerana tiada tempat duduk di pondok lama dan kami memang sentiasa menjaga keselamatan takut mereka berlari ke jalan raya.

Sementara itu, menurut Guru Besar, Sharkawi Hamdam, anjung ilmu ini nanti pihaknya bercadang untuk membuat rak buku yang bercermin serta menyediakan meja serta kerusi agar ibu bapa selesa semasa menunggu anak mereka.

Guru Besar ketika menyampaikan ucapan penghargaan

Guru Besar Sharkawi Hamdam ketika menyampaikan ucapan penghargaan

“Anjung ini juga jelas dapat menjaga keselamatan murid-murid agar tidak berlari ke sana sini semasa menunggu ibu bapa mereka di samping dapat mengagalakkan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca.

“Saya dan guru-guru berterima kasih atas pemberian  anjung ilmu ini yang dibina hanya dalam masa tiga hari sahaja oleh Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak yang bernilai kira-kira  RM3800.

Program gotong royong ini telah disertai oleh 120 orang pelajar daripada University College of Technology Sarawak, Kolej Kejururawatan Sibu dan Giat Mara, guru-guru dan ibu bapa.

whatsapp-image-2016-11-09-at-10-39-28-pm

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Admah Mohd Jamli bersama peserta yang hadir mengutip sampah yang ada

SK Sentosa yang telah mula beroperasi pada 2001 ini menawarkan tiga aliran iaitu Pendidikan Khas, Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah dan mempunyai seramai 998 orang murid dengan 74 orang tenaga pengajar serta kakitangan.

Penyerahan anjung telah dilakukan oleh Pengarah Penerangan Malaysia, Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim, kepada Guru Besar.

-SF

 

 

Tinggalkan komen anda