Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Ekspedisi Pendakian Gunung Ledang Dedah Keunikan Ekosistem

By 7 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 4 November (Malaysiaaktif) – Menyedari kepentingan penjagaan alam semula jadi kepada ekosistem setempat, Pejabat Daerah Tangkak dengan kerjasama Taman Negara Gunung Ledang telah mengadakan Ekspedisi Pendakian Gunung Ledang bersama ketua-ketua jabatan dan agensi daerah Tangkak semalam.

Menurut Pegawai Daerah Tangkak, Abdul A’lim Abdul Syukor, ekspedisi ini bertujuan untuk mendedahkan keunikan dan kepentingan Gunung Ledang kepada orang ramai terutama kakitangan awam yang bekerja di daerah Tangkak.

“Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara jabatan di samping mengajak kakitangan awam di Daerah Tangkak mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

screenshot_2016-11-03-18-40-34-10

Penolong Pengurus Taman Negara Gunung Ledang, Muazam Shah, berkata Gunung Ledang adalah antara gunung yang tersukar untuk didaki di Malaysia.

“Dalam senarai tahap kesukaran pendakian gunung-gunung di Malaysia, Gunung Ledang terletak di tempat ke enam mengalahkan Gunung Kinabalu yang berada di tempat ke sebelas.

“Pendakian pada kali ini hanya melibatkan separuh Gunung Ledang iaitu check point 1, 2, sebahagian laluan ke check point 3 (kolam gajah) dan check point 4 yang kebiasaanya mengambil masa dalam 2 setengah hingga 3 jam,” jelasnya ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif.

cedera

Dalam pada itu, Pegawai Majlis Sukan Daerah, Mohd Firdaus Mohd Yusof yang turut menyertai ekspedisi ini bersyukur para peserta dapat menghabiskan pendakian hingga ke tengah Gunung Ledang yang dianggarkan setinggi 4000 kaki.

Program yang bermula seawal 8.30 pagi hingga 4.00 petang ini disertai oleh 57 orang kakitangan awam seluruh daerah Tangkak.

img20161103082849

– AH

Tinggalkan komen anda