Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Jalan Teluk Bahang Dibuka Semula

By 18 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria (Teluk Bahang)

TELUK BAHANG, 18 November (Malaysiaaktif) – Penutupan Jalan Teluk Bahang menghala ke Batu Feringghi yang ditutup ekoran kejadian tanah runtuh pada 7 November lalu di buka semula hari ini bagi membolehkan kenderaan ringan dan berat melaluinya untuk ke Pusat Bandar dan kawasan-kawasan lain.

Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, jalan tersebut dibuka seawal pukul 7.30 pagi untuk laluan kenderaan ringan manakala untuk kenderaan berat pada pukul 12.00 tengahari.

Penutupan jalan itu telah menyukarkan penduduk Teluk Bahang untuk ke tempat kerja dan membuat urusan harian ekoran jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan kecuali motosikal mengikut waktu yang ditetapkan.

whatsapp-image-2016-11-17-at-9-35-22-pm

– AH

Tinggalkan komen anda