Skip to main content
HomeViral

Kementerian Siasat Dakwaan Sindiket Jual Soalan SPM

By 14 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 14 Nov — Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan adanya sindiket penjualan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata pihaknya memandang serius berita yang dilaporkan dalam akhbar China Press yang disiarkan semalam.

“Kementerian sedang menjalankan siasatan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

“Tindakan ke atas mereka akan diambil dan akan didakwa oleh pihak berkuasa,” katanya.

Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Kementerian itu juga berkata siasatan dijalankan Lembaga Peperiksaan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran kertas tersebut dan tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan.

 

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda