Skip to main content
EkonomiHomeViral

Menteri Komunikasi Hadir Persidangan Dunia ITU 2016

By 14 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

BANGKOK, 14 Nov  — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menghadiri majlis perasmian Persidangan Telekomunikasi Dunia Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di sini hari ini.

Bertemakan ‘Kerjasama Dalam Ekonomi Digital’, persidangan dan pameran selama empat hari di Arena Impact Muangthong Thani itu, dirasmikan oleh Puteri Maha Chakri Sirindhorn.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha, anggota Kabinetnya dan para pegawai kanan kerajaan.

ITU ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai teknologi maklumat dan komunikasi dan mempunyai keanggotaan dari 193 negara.

Agensi yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland itu juga mempunyai hampir 800 entiti sektor swasta dan institut akademik sebagai anggotanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda