Skip to main content
HomeViral

Pelajar Malaysia di New Zealand Selamat – Idris Jusoh

By 14 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 14 Nov — Kesemua 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan buah Universiti di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi pada hari ini, selamat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata Pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi kesemua wakil pelajar yang menuntut di lapan Universiti tersebut selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

” Education Malaysia di New Zealand telah menasihati pelajar-pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda