Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

OKU Antara 4,992 Graduan Terima Ijazah Konvokesyen UIAM Ke 32

By 5 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 5 Nov (Malaysiaaktif) – “Jangan anggap setiap kekurangan pada diri sebagai penghalang untuk mencipta kejayaan kerana kita semua dianugerahkan akal, maka gunakan ia sebaik mungkin” ujar Mohamad Hafizzudin Mohd Fedeli, graduan yang menerima Anugerah Khas Pencapaian (Akademik) Abdullah Ibnu Ummi Maktum diberikan khusus untuk pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Beliau yang berumur 24 tahun dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana masalah penglihatan sejak berumur 16 tahun berkata setiap pelajar OKU mempunyai cabaran yang tersendiri dan berpendapat kawan-kawan serta keluarga yang banyak membantu kejayaannya.

img-20161105-wa0005

Seramai 4,992 orang graduan bakal menerima ijazah dalam bidang masing-masing di Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke 32 berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 November yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC) di Kampus Gombak.

Penerima ijazah sarjana muda seramai 4,012, manakala 980 orang akan menerima ijazah doktor falsafah (PHD) dan sarjana dalam majlis yang dibahagikan sebanyak 6 siding.

Ketua Perlembagaan UIAM yang juga Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah berangkat mencemar duli untuk membuka sidang pertama majlis konvokesyen dan turut menyampaikan skrol kepada para graduan.

Dalam majlis yang sama, UIAM menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada dua bekas timbalan rektor UIAM iaitu Prof Datuk Dr Md Tahir Md Azhar (Akademik dan Perancangan 2008-2015) dan Prof Datuk Wira Dr Jamil Osman (Hal Ehwal Akademik 1999-2003).

img-20161105-wa0009

Penganugerahan gelaran tersebut diberikan atas menghargai jasa mereka yang banyak menyumbang dan membantu dalam pembangunan universiti. Selain itu ia juga sebagai memberikan penghormatan kepada mereka dalam menyumbang tenaga dan jasa mereja dalam bidang pendidikan dan negara.

Bagi graduan yang menerima Anugerah DiRaja, Muhammad Hassan Hilmi Hassan Shukri berkata, perkara paling penting bagi seorang pelajar adalah fokus dalam pelajaran dan sentiasa menyediakan nota adalah antara rahsia kejayaan

“Bagi saya cabaran utama semasa belajar di UIAM adalah membahagikan masa antara akademik dan kokurikulum agar ia seimbang”, ujarnya yang bercadang menyambung pengajian ke peringkat sarjana tidak lama lagi.

Seorang lagi penerima Anugerah DiRaja, Nur Firda Ayu Jamal berkata kejujuran dalam setiap perkara menjadi prinsip hidupnya merupakan antara rahsia kejayaan dalam akademik.

“Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang tidak disangka dan suka bertanya kepada kawan-kawan dan pensyarah atas semua perkara, paling penting jangan belajar di saat akhir kerana ia tidak bagus”, ujarnya.

Nur Firda Ayu Jamal (kiri) dan Muhammad Hassan Hilmi Hassan Shukri (kanan) yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja

Nur Firda Ayu Jamal (kiri) dan Muhammad Hassan Hilmi Hassan Shukri (kanan) yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen UIAM, turut berlangsung Pesta Konvokesyen iaitu Convest 2016 dan Stall and Baazar (STABAZ) yang berlangsung di Bukit Convest UIAM Gombak telah dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang seminggu penganjuran pesta konvokesyen ini, antaranya gerai jualan busana, makanan, studio fotografi, forum dan persembahan daripada artis dan kumpulan nasyid.

-DK

Tinggalkan komen anda