Skip to main content
Home

Telekomunikasi Mungkin Terganggu Hingga Jun 2017

By 30 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PETALING JAYA, 30 Nov — Pengguna mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi berikutan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan di seluruh negara.

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam kenyataannya pada Rabu menjangkakan proses tersebut akan berjalan lancar dan kemungkinan terdapat berlakunya sedikit gangguan perkhidmatan kepada pengguna.

“Pengguna mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan pekhidmatan seperti panggilan terputus dan/atau kelewatan teks mesej/SMS dalam tempoh masa berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

Penyedia perkhidmatan yang ditetapkan akan melakukan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan mereka di seluruh negara bermula pada September 2016 hingga Jun 2017.

CFM berkata, pengguna perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

“Bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum ini kepada orang awam dalam tempoh tersebut, penyedia perkhidmatan telah dijadualkan untuk melakukan proses penyusunan semula di stesen-stesen terpilih dari 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi.

“Walau bagaimanapun, tempoh masa yang diambil bagi proses tersebut mungkin berbeza dan bergantung kepada penyedia perkhidmatan masing-masing,” katanya.

Jika pengguna mengalami gangguan perkhidmatan yang berpanjangan, CFM menyarankan agar pengguna menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan bantuan:

TALIAN HOTLINE MAXIS  1-800-82-112 or 123 (bagi pengguna Maxis)

DIGI  016-221 1800

CELCOM  019-601 1111 or 1111 (bagi pengguna Celcom)

SKMM  1 800 188 030

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/30/kemungkinan-gangguan-telekomunikasi/

Tinggalkan komen anda