Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Persidangan ICSI Bentuk Masyarakat Dan Alam Sekitar

By 23 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Norisam Sahidan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR , 23 November (Malaysiaaktif) – Bagi mewujudkan rangkaian hubungan antara ahli akademik, agensi kerajaan dan swasta serta anggota masyarakat, satu persidangan antarabangsa mengenai Inovasi Sosial (ICSI) telah diadakan di sini, semalam.

Menurut Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, melalui persidangan ini, tenaga profesional berpengalaman dapat berkongsi pengetahuan dalam meneroka pemikiran inovasi sosial.

“Kehadiran pelajar UM dalam seminar ini akan memberi mereka pendedahan tentang asas-asas budaya keusahawanan dan keusahawanan sosial serta pengetahuan tentang kepentingan dan contoh sebenar inovasi sosial dan keusahawanan sosial,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Rohani Abdul Karim berharap persidangan ini dapat memberi pemahaman tentang garis panduan untuk menangani isu-isu dan cabaran berkaitan inovasi sosial.

“Dalam mendepani cabaran globalisasi dan Rancangan Malaysia ke sebelas yang meliputi tahun 2016 hingga tahun 2020, banyak aspek perlu diteliti dalam mengembangkan penerokaan inovasi sosial ini.

“Sejajar dengan inisiatif Kerajaan Malaysia terhadap inovasi sosial seperti yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sebelas, KPWKM telah terlibat secara aktif dalam menggalakkan inovasi sosial melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Pembangunan Penduduk Negara dan Keluarga (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita,” jelasnya.

whatsapp-image-2016-11-22-at-9-25-52-pm

Persidangan anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) ini diadakan selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Bertemakan ‘Idea, Pengetahuan Dan Perkongsian: Mengubah Masyarakat, Membentuk Masyarakat dan Alam Sekitar Mapan’, persidangan ini telah dihadiri kira-kira 800 peserta.

– AH

Tinggalkan komen anda