Skip to main content
HomeViral

Pasangan Ganggu Penguatkuasa Wanita MBSA Ditahan

By 25 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Seorang lelaki dan wanita yang dipaparkan melalui sebuah video ketika didakwa mengganggu dan menghalang seorang anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) semasa mengeluarkan saman, ditahan polis pagi tadi.

Menurut laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star sebentar tadi, penahanan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr Abdul Aziz Awang Darus.

“Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Akhbar tersebut difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Video sepanjang dua minit itu menunjukkan seorang anggota penguatkuasa wanita MBSA seolah-olah dikasari lelaki dan pasangannya itu.

Dalam video tersebut juga dilihat seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna merah cuba membantu dua pegawai berkenaan.

Menurut The Star, kejadian tersebut mungkin berlaku di Bukit Rahman Putra berhampiran  Sungai Buloh.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda