Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Aplikasi Melancarkan Proses Pendaftaran Mangsa Banjir

By 10 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan dan foto oleh Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengharapkan melalui Program Simulasi Pengurusan Bencana Di Pusat Pemindahan yang dilaksanakan dapat membantu unit berpakaian seragam, jawatankuasa bencana, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan orang ramai dalam persediaan menghadapi sebarang bencana.

Pengisian program sehari ini merangkumi taklimat sukarelawan JKM Pasir Puteh, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Peranan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemindahan serta Aplikasi Sistem EP-21 kepada 150 peserta terlibat.

Aksi peserta ketika melakukan aktiviti latihan dalam kumpulan sempena Program Simulasi Pengurusan Bencana ini.

Aksi peserta ketika melakukan aktiviti latihan dalam kumpulan sempena Program Simulasi Pengurusan Bencana ini.

 

Sistem EP-21 merupakan penambahbaikkan yang dilakukan JKM dimana sebelum ini pendaftaran mangsa dilakukan secara manual kini menggunakan sistem akses luar talian menggunakan card reader.

Sistem ini membolehkan pemilik kad pengenalan didaftarkan secara automatik tanpa perlu mengisi borang.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Muhammad Hanafi Haji Maulud, program yang dilaksanakan ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada peserta yang terlibat malah dapat merasai sendiri pengalaman menjadi “mangsa” bencana banjir.

Beliau turut menjelaskan bahawa bencana boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

“Kalau dahulu hanya negeri-negeri di Pantai Timur sahaja yang terlibat bencana banjir namun kini semua negeri berisiko menghadapi bencana seperti banjir ini” ujar Hanafi yang ditemui sempena program simulasi pengurusan bencana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh.

JKM turut mengesyorkan agar orang ramai yang menggunakan telefon pintar berasaskan Android supaya memuat turun aplikasi Info Banjir di Google Playstore untuk mendapatkan maklumat berkaitan bencana.

Disamping itu pihak JKM juga menyeru agar lebih ramai belia dapat mendaftar sebagai sukarelawan sebagai sumbangan terhadap negara.

Di Pasir Puteh sehingga kini terdapat seramai 72 orang sukarelawan berdaftar, dan mengharapkan agar lebih ramai anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai program sukarelawan ini bagi membantu menghulurkan bantuan ketika bencana melanda.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda