Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Ziarah Kasih Bantu 5 Keluarga

By 2 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Nurul Wahida Mohamad Noor (Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Prihatin dengan beban yang ditanggung oleh golongan yang kurang berkemampuan, lima rumah terpilih telah menerima bantuan sumbangan melalui Program Ziarah Kasih di sini, semalam.

Menurut penerima sumbangan yang lumpuh separuh badan, Othman Omar, 27, dia bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan kerana dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh kedua ibu bapanya.

4

Tambah Othman, ibu bapanya terpaksa menjaga dia dan adik lelakinya yang mengalami penyakit ‘Sindrom Down’ dengan penuh rapi meskipun tidak begitu sihat berikutan faktor usia.

1

Seorang lagi penerima bantuan, Adenan Sulaiman, 53, yang kehilangan upaya setelah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya setelah disahkan menghidapi penyakit diabetes yang kronik, bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan pihak yang memberikan bantuan sumbangan.

7

Dalam pada itu, Haji Hamdan Zainul, 49, berharap program sebegini dapat diteruskan bagi membantu insan-insan yang memerlukan, di samping mengiratkan hubungan siratulrahim dalam kalangan masyarakat dengan berkongsi rezeki bagi memastikan mereka tidak tersisih dan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti insan lain.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Mydin Wahab Enterprise, Persatuan Kebajikan dan Keselamatan serta Ahli Jawatankuasa Masjid Sembilang ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, di samping menyumbang barangan keperluan seharian.

 

-AH

Tinggalkan komen anda