Skip to main content
HomeViral

Biduan Negara, Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia

By 29 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Suasana di rumah anak SM Salim di Ukay Perdana yang dikunjungi orang ramai. FOTO: Bernama

 

PETALING JAYA, 29 Dis — Selepas dua hari berada dalam keadaan tenat, bintang legenda negara, Tan Sri SM Salim akhirnya menghembuskan nafas terkahir akibat sakit tua kira-kira pukul 5.44 petang Khamis.

Berita itu disahkan oleh anaknya, Shamsul Salim, 51,  ketika dihubungi mStar Online petang ini.

Ketika berita ini ditulis, pihaknya masih belum dapat menentukan lokasi tanah perkuburan bagi pengebumian jenazah Allahyarham.

Sejak berita Allahyarham nazak tersebar menerusi aplikasi WhastApp, keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu termasuklah wakil persatuan seni dan rakan-rakan artis.

Antara yang menziarahi Allahyarham ialah Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Nawi, Fazli Zainal, Datuk Ramli MS dan Datuk A Rahman Hassan.

Beginilah suasana di rumah anak SM Salim di Ukay Perdana yang dikunjungi orang ramai.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumah anaknya di Sering Ukay, Ampang di sini.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, mengalami lumpuh sejak 17 tahun lalu dan hanya mengharapkan kerusi roda untuk bergerak.

Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatannya semakin merosot sehinggalah dia sukar bernafas pada malam Selasa lalu.

Sepanjang hayatnya, bekas juruhebah RTM bermula tahun 1957 ini banyak menyanyikan lagu-lagu klasik.

Antara lagu yang turut popular ialah ialah Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Satu bersama Zainal Abidin.

Lagu lain yang popular ialah Apa Dah Jadi.

Semasa hayatnya, beliau  pernah menerima Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

 

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/12/29/sm-salim-meninggal/

Tinggalkan komen anda