Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bomba Bantu Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran

By 17 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Kehilangan tempat berlindung, pastinya memberi kesan mendalam terhadap kehidupan seharian setiap insan.

Bagi ibu tunggal, Haryati Harun, 42, dia tidak menyangka dan bersyukur apabila terpilih sebagai penerima pembinaan semula rumah mangsa kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.

Haryati yang telah kehilangan suami sejak enam tahun lalu, mempunyai empat anak berusia antara lapan hingga 18 tahun, termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pembantu kantin di salah sebuah sekolah kebangsaan di Bukit Gambir ini merupakan mangsa kebakaran rumah pada 8 September 2015 yang lalu.

img20161215115919-1

Melalui penubuhan Bomba Komuniti dalam masyarakat setempat, hasrat Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberikan khidmat masyarakat yang lebih baik boleh di capai dengan menggerakkan ahli-ahli bomba dalam membantu membina semula rumah bagi mangsa-mangsa kebakaran yang terpilih.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia Negeri Johor, Othman Abdullah, melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-7 (NBOS-7), tahun ini pihaknya dapat membantu membina empat rumah bagi mangsa-mangsa kebakaran di Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Tangkak.

“Pihak Bomba Johor juga telah membina empat buah rumah mangsa kebakaran ini dengan peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan nilai RM40,000 bagi setiap rumah serta tambahan sumbangan dari beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat serta tenaga kerja oleh ahli-ahli bomba kawasan terdekat,” katanya.

p_20161215_175525

Tambah Othman, pihak Bomba sentiasa mencari kaedah untuk membantu masyarakat agar lebih berpengetahuan dan dapat bertindak awal dalam memadamkan kebakaran serta memastikan komuniti sekitar sentiasa bersedia untuk menghadapi kebakaran dengan mengadakan kempen-kempen fire safety dari masa ke masa.

“Pihak Bomba sentiasa memerlukan hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar dan antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan penubuhan Bomba Komuniti di kawasan setempat serta mewujudkan aplikasi ‘Bomba Johor’ agar mereka yang mempunyai telefon pintar dapat mencari balai bomba terdekat dengan mudah dan menghubungi bomba sewaktu kecemasan,” jelasnya ketika menghadiri Program Penyerahan Kunci Rumah, Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar di sini, semalam.

Pada majlis yang sama, pihak Bomba turut menyampaikan sijili penghargaan kepada anggota-anggota bomba yang terlibat dalam pembinaan rumah di Kampung Sungai Baru, Tangkak serta penyerahan alat pemadam api kepada komuniti terdekat.

– AH

Tinggalkan komen anda