Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Gelanggang Serbaguna Galak Aktiviti Sihat

By 23 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Mohd Muhaimin Amran

JASIN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Bagi menggalakkan penjawat awam untuk menjalani kehidupan yang sihat, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) mengambil inisiatif untuk membina sebuah Gelanggang Serbaguna yang dapat digunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya berharap dengan adanya gelanggang yang dibina dengan kos kira-kira RM70,000 itu akan dapat melahirkan masyarakat yang kekal sihat dan cerdas.

“Gelanggang yang siap dibina dalam tempoh dua bulan ini mempunyai pelbagai kegunaaan seperti boleh dijadikan gelanggang bola tampar, bola jaring, futsal dan sepak raga,”katanya.

Tambahnya, ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua pegawai untuk beriadah selain dapat meningkatkan jalinan hubungan semua agensi yang ingin menggunakan gelanggang ini.

Pembinaan Gelanggang Serbaguna yang sepenuhnya ditanggung oleh Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah ini boleh digunakan secara percuma.

Sempena majlis perasmian perasmian gelanggang ini semalam turut diadakan pertandingan Bola Tampar yang disertai oleh dua pasukan yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu lelaki dan wanita.

Kedua-dua kategori dimenangi oleh pasukan daripada PDTJ, manakala naib johan pula dimenangi oleh pasukan daripada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Sementara itu,  Afliza Azmi 28, yang merupakan salah seorang daripada peserta bola tampar PDTJ berasa teruja dengan pembinaan gelanggang ini yang sememangnya memberi kebaikan kepada semua supaya menjadikan hobi bersukan sebagai sebuah hobi yang baik demi kesihatan.

“Gelanggang ini merupakan satu bonus kepada penjawat awam untuk mengeluarkan peluh dengan bersukan dan dapat melepaskan tekanan kerja selepas seharian melakukan tugas di pejabat,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah yang turut merasmikan program tersebut serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Dato’ Ng Choon Koon.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda