NEW JERSEY, AMERIKA SYARIKAT 22 Dis — Seorang pekerja di Jabatan Buruh New Jersey hari ini yang hanya dikenali sebagai seorang lelaki berusia 67-tahun, digantung kerja tanpa gaji setelah dia “menghina dan menyerang” seorang wanita dengan cara menarik hijabnya dan melemparkan ke lantai pada 5 Disember lalu.
Menurut porta The Huffington Post, Datuk Bandar New Jersey, Ras Baraka dalam satu kenyataan berkata beliau mahu supaya lelaki tersebut dipecat dan disiasat bersabit pelakuan jenayah kebencian.
“Ini adalah satu tindakan kebencian terhadap agama Islam, dan juga serangan ke atas seorang wanita,” kata Baraka.
“Dalam suasana keganasan terhadap orang Islam di Amerika Syarikat dan di serata dunia, jenayah kebencian perlu ditangani dan pelakunya dihukum seberat yang mungkin,”
Baraka turut melahirkan rasa kesal kerana “suasana keganasan ke atas masyarakat Islam semakin buruk sejak beberapa minggu ini hingga menyebabkan tragedi, kesengsaraan dan perpecahan.”