
Foto: Media sosial
PETALING JAYA, 5 Dis (Malaysiaaktif)– Sebuah kren terbalik di kawasan pembinaan di Bandar Damasara Perdana tengahari tadi.
Menurut akhbar The Star, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul yang mengesahkan perkara ini berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2 petang di sebuah kawasan pembinaan di hadapan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Empire Bandar Damansara Perdana.
“Sepasukan lima anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan,” tambah Mohd Sani.
Terdahulu, gambar kren tersebut terbalik disebarkan dalam media sosial.