Skip to main content
Home

[VIDEO] Mencari Makanan Tulen Malaysia di Kota London

By 5 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Mencari makanan Malaysia di London tidak payah, lebih-lebih lagi zaman sekarang.

Jika dahulu pengunjung sekadar mencari makanan Malaysia di Edgware Road atau setidak-tidak pun di Malaysia Hall, sekarang bilangan restoran yang menyediakan makanan Malaysia sudah bertambah.

‘Makan Cafe’ yang terletak di Portobello Road berhampiran Ladbroke Grove Station antara menyediakan makanan Malaysia sebenar.

Restoran ini menyediakan hidangan popular, seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Char Kway Teow dan Laksa, selain pelbagai jenis lauk pauk.

Untuk makanan ringan juga boleh didapati popiah, karipap dan pisang goreng.

‘Makan Cafe’ dibuka dari 9.00 pagi hingga 9.30 malam.

 

Tinggalkan komen anda