Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Projek Aman Bantu Pemilikan Rumah

By 8 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Anuar Ibrahim (Kuala Lumpur)

Kuala Lumpur, 8 Disember (Malaysiaaktif) – Dalam usaha membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah sendiri, sebanyak 358 unit pangsapuri akan disediakan melalui projek pembangunan Aman Laut.

Menurut Pengerusi Eksekutif Property Builder KK Sdn Bhd, Datuk Iskandar Dzulkarnain pembangunan Aman Laut yang terdiri daripada pembinaan banglo mewah, kondominium bergaya, pusat gaya hidup berkualiti dan restoran-restoran mewah serta resort dengan kemudahan bertaraf dunia boleh menjadi asas transformasi kepada pasaran hartanah di Kedah.

“Penduduk akan mempunyai akses kepada gaya hidup marina yang akan membentuk intipati daripada aktiviti luar rumah dengan perkhidmatan bot dan kapal layar sebagai aset pengangkutan dan hobi,” jelas beliau lagi.

Antara perancangan awal pembangunan Aman Laut ini adalah 92 buah unit kedai setingkat, 84 buah unit kedai dua tingkat, hotel sepuluh tingkat bertaraf empat bintang, banglo, kondominium mewah dan pangsapuri dengan ketinggian 25 tingkat serta dilengkapi kemudahan bazar membeli-belah di aras bawah.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani memorandum (MoU) perjanjian untuk membangunkan Projek Aman Laut Empat Fasa negeri Kedah, di sini semalam.

Sesi Menandatangani Perjanjian Pembangunan Aman Laut antara Kerajaan Negeri Kedah, Property Builder KK Sdn. Bhd. dan PKB Development Sdn Bhd.

Sesi Menandatangani Perjanjian Pembangunan Aman Laut antara Kerajaan Negeri Kedah, Property Builder KK Sdn Bhd dan PKB Development Sdn Bhd.

Projek dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM1.2 billion ini akan dilaksanakan bermula suku tahun pertama 2017 di kawasan tanah tebus guna seluas 49 hektar di Pantai Kuala Kedah.

Majlis MoU ini turut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dan Pengerusi PKB Development Sdn Bhd, Datuk Ismail Hamid, dengan disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah.

 

 

– AH

Tinggalkan komen anda