Skip to main content
Home

Rasuah Jabatan Air Sabah: Tiga Mengaku Tidak Bersalah

By 29 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Awang Mohd Tahir, 54, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM56.9 juta.

Isterinya Fauziah Piut, 51, didakwa dengan 19 pertuduhan serupa, melibatkan wang berjumlah RM56.9 juta.

Bekas timbalan kepada Awang dan penasihat Kementerian Kewangan Sabah yang sedang digantung, Lim Lam Beng, 64, didakwa dengan empat pertuduhan pengubahan wang haram di mahkamah yang sama.

Mereka didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Abdul Samad.

Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

 Mereka tiba kira-kira pukul 9.35 pagi menaiki dua kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaik sahaja tiba, mereka terus dibawa ke Mahkamah Sesyen.

Ketika jurugambar cuba mengambil gambar, ketiga-tiga mereka cuba mengelak dengan dua lelaki telah menutup kepala masing-masing manakala yang wanita hanya menundukkan kepalanya.

Kes rasuah sensasi itu terdedah selepas serbuan dibuat di pejabat dan rumah pengarah itu yang berusia 54 tahun dan timbalannya yang berusia 52 tahun pada 22 Oktober lalu.

Penyiasat didakwa menemui RM45 juta dalam bentuk wang tunai di rumah pengarah itu dan RM3 juta lagi di pejabat lain.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2016/12/29/bekas-pegawai-kerajaan-didakwa-rasuah/

Tinggalkan komen anda