Skip to main content
Home

RM2,500 Kepada Warga Emas Di Whatsapp Adalah Palsu – KWSP

By 27 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan dakwaan kononnya kerajaan menyediakan insentif RM2,500 kepada warga emas, sekali gus menggesa ahli mengeluarkan wang itu daripada akaun KWSP sebelum 31 Dis ini, adalah palsu.

Menurut KWSP, insentif yang didakwa khusus untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas itu disebarkan melalui satu mesej audio WhatsApp.

“KWSP ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud,” menurut KWSP dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut KWSP, pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dilihat sengaja mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu ahli KWSP dinasihat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkenaan dan tidak menyebarkan mesej itu.

“Ahli digalakkan supaya mengunjungi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat sahih,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda