Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Salon Ekskusif Pertama Khas Untuk Muslimah Di Sabah

By 1 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Bilik mencuci rambut di HCR.

 

Oleh  Asmidar Zainol & Silver Yin / Foto: Taulani Hamzah (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Jan (Malaysiaktif) – Bilik salon eksklusif pertama seumpamanya diperkenalkan khas untuk kemudahan warga muslimah di negeri ini.

Para wanita di negeri ini berpeluang mendapatkan perkhidmatan salon yang lebih selesa dan tertutup (privasi) tanpa ada bimbang terutama kalangan wanita muslimah.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna SabahDatuk Jainab Ahmad Ayid berkata, perkhidmatan demikian amat dinantikan oleh penduduk tempatan dan juga pelancong terutamanya kepada mereka yang memerlukan privasi seperti warga muslimah.

“Pada masa kini, hanya Hair Cultural Revolution (HCR) sahaja yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut di negeri ini dengan perkhidmatan dari mereka yang mahir dan lokasi yang lebih selesa.

4

Jainab (dua dari kanan) bergambar dengan kelengkapan di bilik eksklusif HCR

 

“Pembukaan HCR di pasar raya Imago amat bertepatan kerana HCR dapat menawarkan perkhidmatan mengunting atau rawatan rambut dengan kadar yang berpatutan serta berkualiti.

“Keistimewaan ini menunjukkan kerajaan prihatin dan sentiasa menyokong apa juga usaha mempelbagaikan pilihan kepada kaum hawa terutama muslimah yang ingin mencari kelainan rawatan pusat kecantikan yang lebih tertutup apabila berkunjung ke pasar raya ini,” katanya.

Tambah Jainab, kementeriannya turut akan bekerjasama dengan HCR untuk memberi latihan kepada remaja dan mereka yang memerlukan.

“SHC telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kementerian saya untuk melatih anak-anak tempatan yang berminat untuk mempelajari seni mengunting rambut secara profesional.

“Dengan latihan tersebut, tidak mustahil anak-anak muda ini mampu berdikari untuk membuka salon sendiri bagi menjana pendapatan sendiri,” Jainab berkata demikian selepas merasmikan cawangan ke-tiga HCR di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah HCR, Raymond Chin berkata, harga yang ditawarkan bermula dengan RM30 sehingga RM400 bergantung kepada perkhidmatan atau rawatan yang diterima.

“Berita baik kepada masyarakat tempatan, pihak HCR memberikan tawaran diskaun sebanyak 30 peratus kepada semua jenis perkhidmatan bermula hari ini sehingga 31 Januari.

“Mereka yang berminat untuk mendapatkan diskaun ini hanya perlu LIKE Facebook @HCRkk2016 dan kongsi post berkenaan HCR di laman sosial mereka.

“Datang ke HCR dan tunjukkan kepada kami bukti LIKE serta perkongsian tersebut dan secara automatik diskaun akan diberikan.

Raymond turut mengalu-alukan remaja tempatan yang telah menamatkan persekolah untuk mengikuti latihan yang ditawarkan oleh pihak HCR.

 

 

Tinggalkan komen anda