Skip to main content
Berita TempatanSabah

Laluan Riadah Berbasikal Baharu Bakal Dibuka Kepada Pengunjung

By 1 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Gotong Royong turut diadakan di persisiran pantai Tanjung Lipat semasa program Sunday Family Ride dan Kenduri Tahun Baru 2017 pagi tadi.

 

Oleh Asmidar Zainol / Foto: Taulani Hamzah (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Januari (Malaysiaktif) ā€“ Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal membuka laluan riadah berbasikal baharu kepada para pengunjung di negeri ini pada tahun hadapan.

Laluan basikal fasa ke-tiga bakal dibangunkan bermula dari Yayasan Sabah hingga ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun ini dan bakal menanti penggemar riadah berbasikal menggunakannya pada tahun hadapan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, laluan basikal sepanjang 10 kilometer tersebut merupakan projek fasa ke-tiga pelan pembinaan laluan berbasikal di bandar raya ini.

ā€œPembangunan laluan basikal ini merupakan projek Koridor Pembangunan Sabah oleh DBKK.

4-1

Lebih 50 orang peserta menyertai aktiviti berbasikal Sunday Family Ride yang diketuai oleh Jainab dan Yeo.

 

ā€œLaluan ini agak istimewa kerana penunggang-penunggang basikal akan melalui hutan paya bakau yang lebih menghiburkan dan menenangkan.

ā€œSelain berbasikal sebagai senaman, mereka juga dapat melihat keindahan alam semula jadi hutan berkenaan,ā€ katanya kepada pemberita.

Pada ketika ini, DBKK telah menyediakan laluan berbasikal fasa pertama bermula dari BangunanĀ Pejabat Lembaga Pelabuhan-PelabuhanĀ Sabah hingga ke Yayasan Sabah dan fasa ke-dua dariĀ PERKESO hingga ke IMAGO.

Ketiga-tiga fasa tersebut bakal bersambung dan menjadikan jarak laluan berbasikal tersebut kepada 35km.

Dalam perkembangan lain, Yeo turut memaklumkan, pihak DBKK sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjadikan laluanĀ lay byĀ sepanjang 50 km di Jalan Kokol, sebagai laluan berbasikal.

Sementara itu, ditanya mengenai perancang pembangunan bandar kepada golongan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU Penglihatan), Yeo memberitahu kemudahan tersebut sedang dibangunkan secara berperingkat dan pada masa kini ia telah dibangunkan di Jalan Bandaran, Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

Yeo ditemui media selepas menyertai aktiviti berbasikal dalam program Sunday Family Ride dan Kenduri Tahun Baru 2017 yang dirasmikan oleh MenteriĀ Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal PenggunaĀ Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Program turut dihadiri oleh Pengurus Kawasan Pasaraya Giant, Daniel Ong dan Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abd Jamal Sakaran.

 

Tinggalkan komen anda