Oleh Lim Sey Ken
BATU PAHAT, 3 Jan (Malaysiaaktif) — Seorang ibu tunggal yang juga nenek kepada empat orang cucu merasa ringan sedikit bebannya pada tahun baru persekolahan ini dengan adanya sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi MIC Bahagian Parit Sulong.
Pengerusi MIC Bahagian Parit Sulong, Kumaran Ramakrishnan, memberikan sumbangan bagi pihak MIC berupa peralatan persekolahan dan juga wang tunai kepada M. Danaletchumi, seorang ibu tunggal yang menjaga empat orang cucunya. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu beliau untuk membeli peralatan persekolahan cucunya menjelang sesi persekolahan 2017.
Sumbangan disampaikan oleh Kumaran semalam di rumah M.Danaletchumi dengan disaksikan oleh empat orang cucunya.
Menurut Kumaran, “MIC akan menjejaki golongan yang memerlukan untuk memberi bantuan tanpa mengira kaum dan agama kerana ini sudah menjadi amalan mereka. Walaupun bantuan yang disampaikan tidak seberapa, tetapi ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga M.Danaletchumi”.