Skip to main content
Home

Solidariti Pemandu Lori Untuk Sokong Rakan Dibelasah

By 22 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Sekumpulan pemandu lori berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakan mereka yang cedera akibat dipukul beberapa individu dalam kejadian di kawasan kondominium Bukit Antarabangsa pada Khamis.

Himpunan itu dikendali Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas).

Mereka berhimpun secara aman sebagai tanda protes susulan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab terhadap mangsa, Nasrul Faiz yang juga pemandu lori.

loripukul

Kumpulan itu juga menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mencederakan pemandu lori berkenaan.

 

Rakaman video yang tersebar itu menunjukkan lima lelaki memukul individu berhampiran pondok pengawal kondominium itu.

Setakat ini, polis telah menahan empat individu dan merakamkan 15 keterangan berkaitan kejadian itu.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/22/solidariti-pemandu-lori/

Tinggalkan komen anda