Skip to main content
Home

Pengalaman Luas Pesara Mampu Bantu Bangun Negara

By 28 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan / Foto : Robani Nabi Ahmad / Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Kira-kira 41 pesara Jabatan Penerangan Negeri Kelantan masih boleh membantu membangunkan negara dengan menggunakan pengalaman luas mereka ketika berkhidmat dengan kerajaan.

Pengerusi Rakan Strategik Negeri Kelantan, Ab.Halim Ismail, 68, meminta pesara dibawah jabatan ini memberi khidmat dan bekerjasama erat antara satu sama lain bagi menyalurkan idea dan pandangan terhadap pembangunan negara melalui aktiviti jabatan berkenaan.

Alias Awang Kechik, 63, berkata, rakan strategik yang ditubuhkan bagi pesara Jabatan Penerangan mendapat sambuatan yang baik kerana ilmu dapat dicurahkan berterusan kepada pelapis baharu terutama dalam bidang ceramah, pengacara majlis serta pengurusan acara.

“Dalam segi pengalaman, sumbangan kepada negara begitu banyak dan jika kita bersatu, pelbagai aktiviti dapat disalurkan kepada jabatan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Nozeli Osman, 61, berkata idea yang dicetuskan ini dapat menjadikan pesara ini sebagai perantara dengan pihak kerajaan.

“Selain itu,ia memberi fokus kepada kebajikan pesara terutamanya berkaitan dengan hal ehwal kesihatan dan pelajaran anak-anak,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

-SH

Tinggalkan komen anda