Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

[VIDEO] Jangan Malu Dengan Budaya Asli Sendiri

By 5 Mac 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

Arau, 5 Mac (Malaysiaaktif) – “Jangan malu dengan seni budaya sendiri walaupun di peringkat antarabangsa”. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Dua Lama Jalan Kaki Bukit Perlis, Zulhizam Abdul, 51 berkata demikian semasa mengunjungi Pesta Angin Timur Perlis (PATP) 2017 yang diadakan di Kampung Telela, Pauh, Arau Perlis dari 3 Mac dan berakhir 5 Mac hari ini.

Zulhizam berkata demikian kerana ada permainan-permainan tradisi dan budaya serta tarian asli yang diubah bagi mengikut peredaran masa dan trend terkini.

Dia yang hadir bersama keluarga dan rakan – rakan, datang untuk melihat kesenian dan kebudayaan Perlis yang “dihidupkan semula dalam PATP 2017 ini.

Zulhizam yang juga peminat seni dan budaya asli berkata, permainan asli negeri Perlis terbahagi kepada dua iaitu permainan tradisi dan permainan rakyat.

Permainan tradisi dimainkan oleh seluruh rakyat Perlis. Antaranya ialah “main jengkek”, “main toi”, “batu tujuh” dan lain-lain.

Permainan rakyat di Perlis ini biasanya bergantung kepada persekitaran. Misalnya di kawasan penanaman getah, mereka cenderung untuk bermain “laga biji getah”.

Manakala di kawasan padi pula, orang kampung bermain serunai jerami padi selepas musim menuai.

Oleh kerana permainan-permainan ini terpaksa dibuat sendiri dan perlu dimain beramai-ramai, malah ada yang melibatkan seluruh penduduk kamoung seperti “main toi”, “bederau dan sebagainya, ia meningkatkan daya kreativiti, semangat gotong royong dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kampung.
Seorang lagi pengunjung yang juga JKKK Kampung Guring Tengah, Pauh, Mohsin Mahmud, 63 pula berkata, sepatutnya PATP 2017 ini sangat menarik dan pelbagai aktiviti diadakan.

Cuma Mohsin berharap ia juga dapat menjadi platform bagi memperkenalkan dan memporpularkan juga makanan tradisi Perlis, antaranya dangai dan laksa pulut udang. Menurutnya makanan asli Perlis kini sukar ditemui.

Pengunjung dari Kampung Alor Setar, Arau, Mariah Shaari, 65, sangat teruja dengan PATP 2017 ini kerana pelbagai aktivi diadakan.

Katanya, bagi menjadikan PATP 2017 lebih mesra pengunjung, dia berharap penganjuran pada masa akan datang diperbanyakkan tandas bergerak dan tapak acara perlu disimbah air kerana terlalu berdebu menyebabkan kesesakan nafas dan memedihkan mata.

Norhafizah Mohd Noor, yang berniaga di gerai PUSPANITA berkata, sambutan masyarakat amat menggalakan. Barang jualan amat laris terjual.

Menurutnya, walaupun cuaca panas, ia tidak menjadi halangan untuk mesyarakat hadir di pesta ini. Malahan ada yang datang dari luar Perlis.

Mengulas mengenai pengajuran Pesta Angin Timur Perlis 2017, EXCO Belia & Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad, matlamat penganjuran acara ini bukan hanya untuk rakyat berseronok-seronok dan menggamit nostalgia semata. Acara ini diadakan setiap tahun bagi mengketengahkan nilai-nilai murni dan jati diri daripada permainan tradisi dan seni budaya asli negeri Perlis.

“Acara ini telah melalui proses penambahkan setiap tahun dalam lima siri sejak lima tahun penganjuran acara tradisi ini secara rasmi. Pada tahun ini”, menurut Jamil, keistimewaannya ialah dari penglibatan agensi kerajaan dan swasta. Lebih 70 agensi kerajaan, swasta dan NGO terlibat dalam penganjuran kali ini.

Semua agensi kerajaan di Perlis mengambil bahagian dan membantu menjayakan acara ini. Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan sebanya RM70 ribu dan kerajaan negeri menambah sebanyak RM50 ribu untuk membiayai acara tahun ini.

Penolong Pengarah JKKN Perlis, Eldawati Laung berkata, kehadiran sehingga malam semalam mencecah 70 ribu pengunjung.

Tinggalkan komen anda