Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tilawah Al-Quran Sarawak Mula Selasa Depan

By 10 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan dan foto oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Qari dan Qariah Sarawak akan mula memperdengarkan bacaan masing-masing sempena pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Sarawak ke-57 yang akan diadakan di Dewan Suarah, Samarahan bermula 14 hingga 17 Mac 2017 ini.

Menurut Menteri Muda Perumahan Sarawak dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, majlis tersebut merupakan salah satu upacara rasmi Kerajaan Negeri yang diadakan pada setiap tahun.

“Pejabat Majlis Islam Sarawak telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengetuai pengelolaan majlis sambutan ini bersama-sama Pejabat Residen Bahagian Samarahan dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

“Hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan, hadiah iringan, sijil serta pakej umrah menanti Johan manakala Naib Johan akan menerima wang tunai RM5,000 berserta piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

“Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM3,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil sementara sagu hati menerima wang tunai RM1,500 hadiah iringan berserta sijil,” jelasnya lagi.

Program tersebut bertujuan untuk menyemarakkkan lagi semangat cinta umat Islam kepada Al-Quran yang merupakan kitab suci yang syumul d ifatnya, merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

“Program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai qari dan qariah yang berkaliber di Sarawak ini di samping dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta seterusnya dapat menggilap dakwah ke arah memperkukuh keimanan.

“Bertemakan “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”, seramai 24 peserta, iaitu 12 qari dan 12 qariah akan bertanding dalam dua kategori. Mereka mewakili Kuching, Samarahan, Betong, Sarekei, Sibu, Miri, Mukah, Bintulu dan Limbang,” jelasnya semasa sidang media selepas sahaja tamat mesyuarat di Pejabat Residen Kota Samarahan, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Islam Sarawak Ismail Mohd Hanis pula, Festival Pendidikan Al-Quran seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, bercerita Kisah Al-Quran dan Syarahan Agama Spontan dan Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah dan Menengah juga akan diadakan nanti,” ujarnya.

Majlis perasmian akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 14 Mac manakala malam penutupan dan penyampaian hadiah akan dilakukan oleh Yang di-Pertua Sarawak,Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 17 Mac 2017 ini.

-SF

Tinggalkan komen anda