Skip to main content
Berita TempatanSabah

“Legenda Kapal Nakhoda Supirak” Singkap Kisah Si Tanggang

By 21 April 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon / Foto: Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 April (Malaysiaktif) – Seperti cerita dongeng Si Tanggang derhaka, di Sabah juga tidak kurang hebatnya dengan cerita dongeng masyarakat Pitas iaitu “Legenda Kapal Nakhoda Supirak”.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Legenda Supirak seakan-akan cerita dongeng Si Tanggang tetapi ini ialah versi tempatan Sabah.

“Legenda ini akan dipersembahkan dalam lakonan diiringi muzik di samping memberi penghormatan kepada kumpulan teater dari Kudat iaitu TERAJU yang melibatkan para pelakon dari Kota Kinabalu dan Kudat.

Jelasnya, cerita rakyat dari Pitas ini menampilkan kisah seorang pemuda bernama Ragam yang berkahwin dengan puteri raja iaitu Putli Sampang Mengayau yang akhirnya disumpah menjadi batu oleh ibunya, Supirak kerana ?menderhaka.

“Legenda itu wujud ekoran sebuah tempat iaitu Pulau Batu Supirak yang menyerupai kapal terdapat di daerah Pitas sehingga hari ini.

“Dikatakan terdapat batu serupa objek seperti manusia, tali dan lain-lain pada pulau berkenaan.

“Legenda ini perlu ditonjolkan kepada umum. Peluang dan ruang untuk karyawan Sabah mementaskan cerita ini perlu disokong,” katanya semasa sidang media Pesta Sabah Legenda Batu Supirak di Wisma Tun Fuad, pada Rabu.

Masidi turut berkata, penganjuran Pesta Sabah tahun ini ada sedikit kelainan berbanding sebelumnya iaitu penganjur memperuntukkan sehari khusus untuk persembahan muzikal sahaja daripada Jesselton Philharmonic Orchestra (JPO).

“Orkestra tersebut turut dianggotai oleh guru pelatih dan pelajar daripada program pengajaran ‘outreach’ komuniti luar bandar Sabah.

“Hasilnya para pelajar dari kampung terbabit akan terdedah dengan peluang sebegini serta dapat mengasah bakat di samping mempamerkan bakat mereka dalam bidang muzik simfoni,” jelas Masidi.

Masidi juga menyeru masyarakat untuk hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada karyawan atau seniwan tempatan dengan hanya membeli harga tiket iaitu RM50 untuk menonton muzikal tersebut.

Tambahnya, jumlah harga tiket yang dijual tidak akan mampu menutup kos produksi persembahan tetapi kerana niat untuk memberi sokongan kepada karyawan tempatan perbelanjaan iniberbaloi.

Selain itu, ?Pengasas dan Konduktor JPO, Yap Ling berkata, peluang yang diberikan ini pasti tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

“Kumpulan kami telah memulakan latihan sejak tahun lepas lagi? untuk menghasilkan persembahan orkestra yang terbaik bagi tontonan ramai.

Jelasnya, seramai 10 pelajar luar bandar bersama-sama 50 pelajar JPO terlibat dalam persembahan berkenaan? itu nanti.

“Saya yakin gabungan kombinasi antara pelajar luar Bandar bersama pelajar JPO ini pastinya akan memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan.

Pada tayangan perdana tersebut, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni bersama para tetamu kehormat yang lain akan menghadiri majlis penutup pada 6 Mei nanti.

Cerita dongeng ini bakal dipersembahkan menerusi teater muzikal istimewa ketika Pesta Sabah yang bakal bermula pada 5 hingga 7 Mei di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

-SF

Tinggalkan komen anda