Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pengaruh Luar Boleh Menghakis Nilai Positif Gen Y

By 15 April 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Pelapor / Foto : Abdul Razak Zakaria (Hulu Langat)

BANGI, 15, April (Malaysiaaktif) – “Pengaruh luar, dunia tanpa sempadan dan kecangihan teknologi secara tidak langsung menjadikan generasi muda semakin jauh daripada nilai-nilai kehidupan positif,” ujar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian semasa Perasmian Kongres Budaya 2017 siang tadi di Dewan Canselor Tuan Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.

Najib (kiri sekali) semasa Perasmian Kongres Budaya 2017 di UKM

Najib (kiri sekali) semasa Perasmian Kongres Budaya 2017 di UKM

“Adalah menjadi satu cabaran kepada kita semua untuk meletakkan kembali masyarakat kita ke landasan yang betul dalam mewujudkan masyarakat yang berbudaya tinggi.

“Sikap dan sifat tidak menghormati golongan yang lebih tua, guru, sahabat semakin membimbangkan dan ia telah diterjemahkan menerusi laporan media massa mengenai kes-kes moral melibatkan generasi muda jelas memperlihatkan bertapa runcingnya isu budaya yang kian menipis di kalangan anak muda kita” katanya.

“Menerusi kongres ini juga setiap resolusi-resolusi yang dihasilkan dapat dijadikan suatu pandangan dan juga panduan dalam merangka dasar-dasar negara berasaskan kepada nilai-nilai murni serta menanam benih-benih budaya tinggi dalam kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda yang akan menjadi pewaris negara ini,” jelasnya lagi.

Dalam program tersebut Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menyerahkan resolusi tersebut kepada Perdana Menteri.

Resolusi diserahkan kepada Perdana Menteri yang mengetengahkan pandangan pelaksanaan TN50 yang menerapkan nilai dan elemen kebudayaan tinggi masyarakat

Resolusi diserahkan kepada Perdana Menteri yang mengetengahkan pandangan pelaksanaan TN50 yang menerapkan nilai dan elemen kebudayaan tinggi masyarakat

Resolusi tersebut akan mengutarakan pandangan serta cadangan supaya perlaksanaan Transfomasi Nasional (TN50) akan menerapkan nilai-nilai dan elemen kebudayaan tinggi masyarakat.

Sebanyak enam sektor pra-kongres dianjurkan menjelang Kongres Budaya 2017 seperti bahasa, kandungan kreatif, warisan budaya, institusi adat melayu, pembangunan dan pengubalan dasar atau polisi warisan serta budaya ekonomi.

Pada tahun 1971 Kongres Kebudayaan diadakan pada kali pertama dan dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan setelah 46 tahun berlangsungnya Kongres Kebudayaan, kini ia telah dirasmikan oleh anakandanya sendiri.

-SH

Tinggalkan komen anda