Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Transformasi Dunia Digital Melalui CTU

By 20 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan Oleh : Affendi Ahmad (Kuala Terengganu)
 Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

PULAU REDANG, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Program Menghubung dan Menyatukan (CTU) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang bermula semalam dan berakhir hari ini.

Program ini merupakan satu inisiatif baharu dalam usaha transformasi penyampaian perkhidmatan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan pedalaman yang tidak terhubung.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata, selain elemen pendigitalan CTU juga mementingkan elemen kemanusiaaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan rakyat.

Ibrahim (kanan sekali) beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Ibrahim (kanan sekali) beramah mesra dengan penduduk tempatan.

“Pulau Redang dipilih kerana walaupun ia sebuah pulau yang amat tersohor tetapi kemudahan yang sepatutnya rakyat di tempat lain nikmati masih boleh dipertingkatkan lagi di pulau ini.

“Program ini bersifat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menyatukan lebih 12 agensi untuk turun bersemuka untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

“Agensi-agensi ini dapat mendengar terus dari rakyat yang memerlukan seperti talian internet yang perlahan, bantuan sara hidup dan sebagainya,” katanya lagi.

Melalui program ini kemudahan kepada rakyat seperti internet yang laju dapat dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat.

Menurut Ibrahim lagi, melalui program ini juga kementerian mengedarkan MyTV dan TV kepada penduduk yang memerlukan.

“Selain itu, atas nama NBOS lebih banyak agensi dapat menyumbang bagi memeriahkan program ini. Pihak Astro juga mengambil kesempatan untuk memberikan set Astro Njoi secara percuma semasa program ini,” ujarnya lagi.

CTU bukan sekadar program merakyatkan pendigitalan malah mendekatkan hubungan manusia.

CTU bukan sekadar program merakyatkan pendigitalan malah mendekatkan hubungan manusia.

Mengenai desas desus perlancaran Projek TV digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) iaitu pertukaran siaran analog kepada siaran digital secara menyeluruh di negara ini akan ditangguhkan.

Menurut Setiausaha Bahagian Pembanguna Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Kamarudin Abdul Rani, walaupun beberapa pelarasan perlu dibuat memandangkan DTT ialah perkara baharu di negara ini, analag “switch off” sepenuhnya pada tahun 2018 dan perlaksanaan DTT tetap akan dibuat sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.

Suri rumah, Kamariah Hawi, 44, yang menerima bantuan Astro Njoi dan sebuah televisyen LCD, berkata dia yang mempunyai tujuh orang anak tidak pernah mempunyai TV.

“Dengan adanya TV ini saya berharap anak-anak dapat mengetahui mengenai dunia luar terutama bagi tujuan pembelajaran,” jelasnya lagi.

Seorang penduduk asal pulau ini, Azalina Mustafa, 34, menerima bantuan bagi pihak neneknya Sufiah Muhamad, 93. Menurut Azalina, neneknya tinggal bersama keluarganya apabila ibunya meninggal dunia baharu-baharu ini.

Menurut Azalina, memandangkan Pulau Redang ialah sebuah pulau pelancongan, dia berharap ada pihak-pihak yang datang ke sini memberi tunjuk ajar untuk suri rumah yang tiada pendapatan sepertinya menjahit atau mengusahakan produk-produk pelancongan.

– SH

Tinggalkan komen anda