Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Perpaduan Kaum Penting Jana Pembangunan Negara

By 3 Julai 2017Julai 4th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh : Mohd Baharruddin Mohamad / Roslee Hashim (Sarawak)

MUKAH, 3 Jul (Malaysiaaktif) – “Perpaduan dan keharmonian kaum sangat penting dalam kalangan masyarakat di negeri ini dan ia haruslah dipertahankan demi pembangunan dan kesejahteraan bersama dengan tidak mengira kaum dan agama,” demikian kata Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud semasa menghadiri Hari Raya Aidilfitiri di Dewan Suarah Mesra di sini, semalam.

Menurut beliau, perpaduan membolehkan kestabilan terus wujud dan pada masa yang sama memudahkan proses pembangunan dilaksanakan.

“Perpaduan kaum di Sarawak adalah yang terbaik di Malaysia,” katanya lagi.

Taib berharap rakyat Sarawak akan terus memelihara perpaduan kaum bagi membolehkan proses pembangunan dilaksanakan terutama termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pada majlis itu beliau juga menyerahkan duit raya kepada 200 penerima terdiri daripada ibu tunggal dan golongan asnaf di sekitar bahagian Mukah.

Majlis ramah tamah Aidilfitri bersama Yang di-Pertua Negeri itu dianjurkan oleh Persatuan Melanau Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah dan Pejabat Daerah Mukah telah dihadiri oleh lebih seribu orang penduduk tempatan bahagian Mukah.

Faizal Idris, 15, salah seorang penerima duit raya bersyukur kerana ini adalah pengalaman pertamanya bertemu pembesar negeri.

Manakala Saniah Busrah, 78, berharap dapat terlibat lagi dalam majlis seperti ini pada masa akan datang.

“Saya berharap dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi di masa hadapan dan wang ini akan saya gunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian,” katanya.

Turut hadir, Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil, Pengerusi Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Sarawak, Datuk Hanifah Taib.

-SH

Tinggalkan komen anda