Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Penjaja Perlu Ikut Peraturan-Zazali

By 4 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 4 Jul (Malaysiaaktif)-“Pihak berkuasa tempatan tidak melarang mana-mana pihak yang ingin berniaga secara kecil-kecilan termasuk penjaja tetapi mereka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan asalkan tidak menyusahkan mana-mana pihak.”

Demikian kata, Pegawai Daerah Jempol, Zazali Salehudin ketika mengetuai Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (NBOS) di bawah seksyen 425 kanun Tanah Negara di Zon Penampan Bandar Serting Daerah Jempol pagi tadi.

Seorang pemilik warung yang menjual Putu Bambu membina warung secara haram di atas tanah yang digazetkan sebagai zon penampan bertindak lebih awal dengan mengosongkan tapak warung berkenaan sebelum dirobohkan penguatkuasa.

Pemilik warung bernama Saadun Saad, 50an itu membuka warung Putu Bambu berhampiran jalan masuk ke stesen Petronas Bandar Seri Jempol dipercayai berbuat demikian malam semalam sebaik dimaklumkan berkenaan operasi penguatkuasaan.

Zazali memberi taklimat sebelum operasi dimulakan.

Zazali memberi taklimat sebelum operasi dimulakan.

Zazali ketika ditemui berkata pemilik warung yang sebelum itu dimaklumkan tentang kesalahannya itu akur dengan tindakan yang akan diambil mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

“Petang semalam warung berkenaan masih ada dan kita percaya pemilik akur dengan mengosongkan warung pada malam tadi.

“Pagi ini,ketika sampai dilokasi pada 9.20 pagi bagi menjalankan operasi penguatkuasaan merobohkan warung berkenaan, warung sudah tiada malah kawasan tapak warung juga turut dibersihkan pemiliknya,” katanya.

Zazali berkata Majlis Daerah Jempol sudah diarahkan bagi mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pemilik warung yang menjual putu bamboo menjalankan perniagaan.

“Daerah Jempol akan menuju ke arah Majlis Perbandaran tidak lama lagi. Kita kena ada satu sistem perbandaran yang holistik,” katanya.

Sementara itu, pemiilik warung itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

Namun begitu, Zazali memberitahu Malaysiaaktif, dia (Saadun) merakamkan ribuan terima kasih kerana masih diberi peluang untuk berniaga pada bulan Ramadan untuk mencari rezeki hari raya.

SF

Tinggalkan komen anda