Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Program ‘Say No’ Gejala Buli Di Sekolah Dilancarkan

By 10 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Halim Aman & Azhar Yazid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tugas pihak polis bukan sahaja menangkap pesalah, bahkan untuk membangunkan modal insan yang lebih baik.

“Tugas pihak polis bukan sahaja menangkap pesalah, tetapi juga bertindak mendamaikan, mendidik dan menyedarkan masyarakat dengan satu tujuan, melahirkan masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk membangunkan modal insan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program ‘Say No: Gejala Disiplin/Buli Di Sekolah’, di sini, hari ini.

Melekatkan lencana 'Say no to bully' pada pelajar sekolah.

Melekatkan lencana ‘Say no to bully’ pada pelajar sekolah.

Menurutnya, sebagai golongan pendidik, sebagai ibu bapa kita sentiasa boleh membawa perubahan dalam mewujudkan keyakinan untuk menuju ke arah yang lebih baik.

“PDRM telah membuat kajian kepada penjenayah yang telah ditangkap, apabila ditanya kenapa mereka melakukan jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan sebagainya, jawapan pertama mereka adalah mereka tidak mempunyai pekerjaan.

“Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai tahap pendididkan yang baik. Oleh itu, pendidikan amat perlu dalam menjamin masa hadapan anak-anak kita,” katanya.

Jelasnya lagi, kelakuan jenayah yang berlaku juga datang dari persekitaran kita sendiri.

“Oleh itu sebagai pendidik dan juga ibu bapa, kita perlu menjaga persekitaran agar gejala buli dapat dielakkan.

“Kita tidak mahu jika gejala ini tidak dikawal, berkemungkinan pembuli bakal menjadi ketua penjenayah pada masa akan datang,” tegasnya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md Isa dan Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Sri Abdul Ghafar Rajab.

– AH

Tinggalkan komen anda